Orang yang Sayangi Cekodek

♥ My Pocket ♥

Student Life
Thesis ... I Love u So Much

15 November 2012

I am Commander UiTM


Ha..... Tahu tak apa itu Komander Kesatria ? 



Korang tak tahu kan? 


 Meh...Cekodek Ceritakan pasal komander kesatria UiTM. Komander Kesatria setahu cekodek adalah salahsatu badan beruniform yang ada dekat UiTM, dan dan mempunyai persatuan sendiri. Untuk UiTM cawangan Sarawak yang bertempat di Kota Samarahan, Kuching Sarawak ini dikenali sebagai 'JawatanKuasa Perwakilan Komander Kesatria' ...

 Semenjak Cekodek masuk dan menjadi komander ini, memang banyak pengalaman yang Cekodek rasakan. Dan tambahan pula banyak jenis manusia yang kita boleh jumpa serta ia dapat mendisplinkan diri cekodek ini. Komander ini, bukan sahaja di lantik oleh pihak UiTM untuk megajar rakan-rakan yang sem 1 sampai sem 3 untuk berkawad, namun ia mempunyai tugas yang banyak yang pihak luar tak tahu. Komander juga membantu pihak UiTM menjaga keadaan semasa Konvo sedang berlangsung, dan banyak lagi lah.

 Dan apa yang penting sekali Cekodek nak cerita kat sini mengenai Jambori yang buat kali ke-8 yang bertempat di UiTM Kelantan. dan Jambori kali ini merupakan Jambori kali ke-2 cekodek dan Jambori terakhir bagi cekodek untuk serati sebab cekodek kan da habis belajar da.

Jambori ini merupakan aktiviti tahunan yang diadakan di UiTM sendiri dan mempunyai 15 cawangan, termasuklah Cawangan Puncak Alam dan Puncak Perdana.

Semasa Jambori ni...banyaklah aktiviti yang dianjurkan oleh tuan rumah sendiri iaitu UiTM cawangan Kelantan. Ada aktiviti Kior, Merentas Halangan, Kawad Kaki dan yang paling sweet lagi ada Pertauliahan bagi Komander-Komander Semester Akhir macam Cekodek ni..hahahha, inilah aktiviti yang first time di buat dalam aktiviti Jambori ini.

Banyak lah pengalaman dan kawan-kawan baru cekodek kenal dari kampus-kampus lain yang sama-sama berjuang sebagai Koamander UiTM.


Ini lah gambar-gambar cekodek dengan kawan seperjuangan yang lain semasa Jambori berlangsung.


Gambar1: Semasa latihan Kawad



Gambar 2: Saya Komander Kesatria Cawangan Sarawak ^^





Gambar 3: Selepas Perbarisan Pertaulihan Berlangsung


Gambar 4: Kawan saya Jac....^^


Gambar 5:Semasa makan malam Pertauliahan di hotel.sweetnya


Gambar 6: Ini gambar saya..









2 comments:

  1. tahniahh!!
    husna x minat join kesatira..dulu pon masuk sekali pstu blah..haha..=D

    lagi bagus klau awak boleh komen di entry dan tinggalkan jejak..baru boleh follow..=)

    ReplyDelete
  2. Thanks Fatin...t sy komen kat Blog wk ^^

    ReplyDelete

Assalamualaikum ^_^
Letak la comment kat bawah ni @_@
Satu pun Jadilah ^^