Orang yang Sayangi Cekodek

♥ My Pocket ♥

Student Life
Thesis ... I Love u So Much

23 September 2013

EyeLiner Time




Ada berani nak pakai eyeliner design macam ni keluar pergi jejalan?

TRICK EYELINER CAIR


Ni lah petua yang cekodek nak share dengan korang, Cekodek jumpa ni dekat Facebook Majalah Remaja.

Dekat sini lah diowang akan bagitau pasal tips-tips kecantikan yang baik untuk kita amalkan, also, cekodek pun sekodek-sekodek dekat Blog-blog yang mengajar cara memakai Eyeliner jenis ni, so lebih banyak info la.

Ok! tanpa membuang masa, Cekodek akan memberi tips untuk cara memakain EYELINER Cair,
Bersumberkan : FB Remaja , Uphillophee

Nak pilih eyeliner yang baik , macam mana?

Ha! ... ni caranya..




KALIS AIR



Untuk dapatkan coretan yang kekal dan tidak comot. Apa kata korang gunakan eyelinerkalis air. Maklum sahajalah, Negara kita ni agak panas. Jadi untuk langkah berjaga-jaga pilihlah jenis eyeliner yang waterproof sebab ianya cepat kering...










BERUS YANG TIRUS
Bila kamu menggunakan eyeliner cair, berusnya sangat memainkan peranan. Lebih tirus berus itu lebih tajam dan kemas garis itu terhasil. Jadi, pilih berus yang halus dan tidak kembang.






PILIH BERDASARKAN WARNA MATA
Untuk orang Asia seperti kita ni, lebih baik pilih warna hitam, coklat ataupun plum. And makesure warna eyeliner korang matching dengan warna eye shadow korang.



Nak pakai benda alah ni, macam mana pula???

Mai sini, cekodek da buat research da untuk korang supaya korang boleh belajar memakainya..


PAKAI DI KELOPAK MATA



Jangan pakai eyeliner cair di bahagian bawah alis mata kerana sifatnya yang cair dan pekat tidak sesuai untuk di pakai di kawasan tersebut. Sebaliknya pakailah eyeliner pensil.Eyeliner cair itu hanya untuk kawasan kelopak mata sahaja.





POLA LUKISAN


Sebelum kamu memakai eyeliner, apa kata buat titik-titik halus di kelopak mata kamu. Kemudian sambungkan titik-titik yang dicipta itu hingga menjadi satu garis yang selari dan kemas.









SEKALI TARIK


Untuk dapatkan hasil yang kemas dan pekat. Kamu hanya perlu gunakan teknik sekali tarik sahaja. Jangan tarik berus eyeliner berkali-kali kerana ia hanya akan mencomotkan kelopak mata kamu sahaja.




Jangan takut kesalahan pemakaian

Jangan risau bila korang meninggalkan garis eye liner di sekitar mata, hal itu sudah biasa terjadi. Make up remover akan korang guna untuk membersihkan. 
Jika korang tersalah design shape, jangan risau lah sebab, korang boleh basahkan kapas menggunakan pelembab, supaya korang boleh bersihkan dengan baik tanpa merosakan shape eyeliner yang korang da penat lukis tu..




TAK ERTI JUGA?

Ni gambar2 yang cekodek rasa korang boleh ikut.... 

Senang tak?


Susahnya!!!


HA!...kalau yang ni? boleh buat tak?

yang ni ke?

Ok kan?



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ^_^
Letak la comment kat bawah ni @_@
Satu pun Jadilah ^^

Popular Posts